Perpaduan
merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara. Matlamatnya adalah agar
setiap bangsa dan negara dapat hidup dengan harmoni dan tenteram tanpa perkara
yang dapat menggugat keamanan. Rakyat tidak akan dapat hidup dengan selesa dan negara
akan bergolak setiap masa akibat tiadanya keamanan. Hal ini dapat dilihat di
negara-negara yang bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat
hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar.pentingnya untuk kita
membina dan memupuk perpaduan agar menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan
oleh setiap rakyat dalam negara ini.
DETIK
PERPADUAN
Detik perpaduan
adalah saat yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Antara detik perpaduan
adalah seperti berikut :-
i. Sukan
Perpaduan
dapat dilihat dalam sukan seperti sukan bola sepak.. Perlawanan bola sepak
adalah antara satu daripada detik perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan
rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama
memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Mereka menyokong pasukan
masing-masing tanpa melihata pasukan mereka terdiri daripada kaum dan bangsa
berlainan atau tidak.
ii. Filem
Perpaduan
juga wujud dalam bidang perfileman. Semasa membuat filem, pasti ‘set’ di tempat
penggambaran penuh dengan krew yang berlainan bangsa dan agama. Dari situ kita
dapat lihat perpaduan terhasil.usaha memperbanyakkan filem yang menampilkan
kepelbagaian kaum adalah satu inisiatif yang sangat bagus untuk memberi
kesedaran kepada rakyat negara ini untuk bersama-sama menjaga perpaduan”.
iii. Animasi
Perpaduan
dapat disemai dalam diri anak-anak melalui animasi tertentu yang mempunyai unsur
keharmonian dan kedamaian.Salah satu daripadanya adalah animasi bertajuk
Kampung Boy. Dalam animasi tersebut, watak utama dan rakan-rakannya merupakan
dari kaum yang berlainan.Kita dapat lihat bahawa jalan ceritanya akan wujudnya
sifat keharmonian dan keprihatinan dimana wataknya sentiasa memahami dan
membantu antara satu sama lain.
iv. Kebajikan
Membantu
orang yang memerlukan bantuan juga dapat memupuk sifat perpaduan dalam diri.
Sebagai contoh, membantu jiran membersihkan halaman rumah walaupun jiran
tersebut adalah dari agama dan bangsa berlainan.Kita juga boleh membantu dari
segi kewangan atau keperluan. Contohnya, memberi bantuan dengan cara menderma
ke tabung khas untuk masyarakat yang ditimpa bencana. Memberi keperluan seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk memerlukan.
v. Nyanyian dan Lakonan
Masyarakat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai adat resam dan
seni warisan untuk menggambarkan identity masing-masing. Ramai penyanyi yang
telah mengeluarkan lagu mengenai perpaduan. Antara lagu yang kita selalu nyanyi
dari tadika lagi adalah lagu Negaraku. Salah satu lagu yang menunjukkan identiti
Negara Malaysia. Apabila lagu ini dimainkan, secara spontan, rakyat akan
berdiri menunjukkan bahawa mereka hormat akan lagu tersebut
DETIK PERBEZAAN
Setiap
kaum mempunyai perayaan masing-masing. Oleh itu, dalam perayaan di Malaysia,
detik perbezaan dapat dilihat dengan jelas kerana perayaan biasanya berkaitan
dengan budaya dan agama pelbagai agama. Tetapi ini tidak dapat dianggap sebagai
perbedaan yang mengancam perpaduan negara, kerana setiap budaya dan agama
mempunyai ciri khasnya sendiri. Setiap warganegara perlu berfikiran terbuka dan
berfikiran terbuka ketika menghadapi perayaan festival sebagai perayaan tahunan
semua kaum di Malaysia.
1. Sambutan Perayaan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada
pelbagai jenis kaum. Antaranya ialah
Melayu
Cina
India
Iban
Melanau
Kadazan-Dusun
i. Melayu
Orang
Melayu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal tahun Hijrah.
Sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri adalah bulan Ramadhan dimana setiap
muslim harus berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Mereka
tidak boleh makan dan minum sehingga matahari terbenam. Pada Hari Raya Aidilfitri, Muslim saling bermaaf-maafan dan akan
memakai pakaian tradisional yang berwarna-warni untuk berdoa atau mengunjungi
saudara-mara dan rakan-rakan, dan juga untuk mengeratkan ikatan
silaturrahim.
ii. Cina
Salah satu perayaan yang disambut oleh kaum Cina ialah Tahun
Baru Cina. Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama setiap tahun mengikut
kalender Cina. Pada malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, ahli keluarga
akan berkumpul untuk upacara makan besar. Selepas makan, semua ahli keluarga
akan menjalankan upacara ‘shou sui’ kerana mempercayai akan memanjangkan umur
seseorang. Pada pukul 12.00 malam, mercun dan bunga api akan dinyalakan
bermaksud Tahun Baru Cina bermula. Tahun Baru Cina biasanya berlangsung selama
15 hari.
iii. India
Perayaan yang
disambut oleh kaum India ialah Deepavali. Deepavali adalah perayaan Hindu yang
bermaksud "menghalau kegelapan dengan cahaya dan mengalahkan kejahatan
dengan kebaikan
Untuk meraikan Deepavali, orang India juga akan memakai
pakaian baharu. Lelaki memakai Jippa manakala wanita memakai pakaian gaya Sari
atau Punjabi. Gadis kecil biasanya memakai Pavadai. Seperti orang Cina, orang
India juga mengelakkan memakai pakaian hitam pada Hari Deepavali, kerana ini
adalah warna yang tidak beruntung.
2. Pengebumian
Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang.
Dasar pengebumian Malaysia adalah berdasarkan pada teisme dan menganggap
kematian sebagai urusan agama yang ditangani oleh semua etnik dan agama secara
bebas. Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama, dengan itu wujudlah
upacara dan pantang larang pengbumian yang berlainan
i. Melayu
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati
apabila berlaku kematian ialah memberitahu kepada tok imam agar dapat
menuliskan nama si mati, masa dan tempat pengebumian di papan kenyataan secepat
mungkin. Pada masa yang sama, memberitahu kepada saudara-mara, rakan dan jiran.
Biasanya, si mati akan dikebumikan dalam masa 24 jam dari masa kematian.
ii. Cina
Orang Cina memberi perhatian kepada feng shui ketika memilih
perkuburan kerana berfikir feng shui yang buruk di tanah perkuburan akan
memberi kesan buruk kepada generasi muda. Si mati akan dipakaikan dengan
pakaian tradisional dan akan dikebumikan pada hari ketiga atau kelima setelah
kematian. Orang Cina akan membakar wang kertas, rumah kertas, kereta kertas dan
pelbagai jenis barang yang dibuat oleh kertas kepada si mati. Selepas itu,
semasa setiap festival orang Cina, ahli keluarga si mati akan menyembah si
mati.
iii. India
Masyarakat India mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Mayat akan dibakar atau dikebumikan dalam masyarakat India
Comments
Post a Comment