DEFINISI
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bag pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
KONSEP
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. la juga dianggap sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Berperanan sebagai panduan bag pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa shj.Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan perundangan ,kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa badan daripada perlembagaan.Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia menyentuh mengenai bidang kuasa eksekutif,legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam,kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan sebagainya.
PERLEMBAGAAN
SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI
1.MENGIKAT
MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH
SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN.
Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akal kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan”.Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertaluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya”.
2)
MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA.
Penguatkuasaan
Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan
yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisyhtiharkan kawasan
keselamatan, menjelaskan kuasa- kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan
keselamatan dan perkara-perkara berkaitan. Akta ini Nampak berkesan Ketika
pengurusan kes penularan Covid-19 di Malaysia.
3) MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain . Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing- masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.
4) MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUM
Contohnya
perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang
memudaratkan ketenteraman awam. Di
bawah perkara ini, disebut bahawa mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara 10 ( Kebebasan Percakap Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta).
Comments
Post a Comment